DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)
Program Food Bank Malaysia (PFBM) adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain mengurangkan pembaziran makanan.
Inisiatif PFBM ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa jalinan kerjasama daripada para penyumbang dan rakan strategik yang sudi bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Sehubungan itu, satu majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada para penyumbang PFBM iaitu โMajlis Malam Apresiasi Penyumbang Program Food Bank Malaysia Tahun 2023โ telah diadakan di Bangi Resort Hotel, Selangor dan dihadiri oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh.
Sumber :