TANGKAPAN KES DADAH DI BARAT DAYA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Bayan Lepas, 9 Februari 2023 – Tangkapan (2) lelaki warga tempatan berusia 28 dan 38 tahun oleh Polis Barat Daya di (2) lokasi berasingan dimana tangkapan pertama di tepi jalan Lorong Sungai Ara 1, Bayan Lepas P.Pinang. Hasil pemeriksaan telah menjumpai (1) kotak rokok tertera tulisan JDB warna merah. Hasil pemeriksaan dalam kotak rokok tersebut telah menjumpai (1) paket plastik lutsinar didalamnya mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin anggaran berat 5.10 gram. Hasil ujian saringan awal air kencing dapati suspek positif dadah jenis MOP.
Manakala, tangkapan kedua telah berjaya dilaksanakan di tepi jalan Lintang Sungai Tiram 5 (hadapan Est Hotel) Bayan Lepas, P.Pinang. Hasil pemeriksaan badan telah menjumpai (1) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 0.50 gram didalam genggaman tangan kiri suspek. Hasil ujian saringan awal air kencing dapati suspek positif dadah jenis METH/AMP. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 dan Seksyen 12(3) ADB 1952.
Dalam perkembangan lain juga, telah berlaku satu tangkapan berasingan  (1) lelaki warga tempatan berusia 32 tahun oleh Polis Barat Daya di tepi jalan Pintasan Bahagia 8, Bayan Baru P.Pinang. Hasil pemeriksaan di dalam beg yang disandang oleh suspek telah menjumpai (1) peket plastik lutsinar berisi daun kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 1.39 gram. Ujian saringan air kencing yang dijalankan dapati suspek positif dadah jenis THC. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Orang awam dimohon untuk menyalurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya ditalian, 04-8664122, 0192238169 ( whatsapp) atau facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …