LAWATAN RASMI 2 HARI, YAB PERDANA MENTERI TIBA DI BANGKOK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

(Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal Udara 2 Tentera Udara Diraja Thailand, di sini hari ini (9 Februari 2023) untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke Thailand. Ketibaan YAB Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kira-kira jam 1 tengah hari, disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai yang mewakili kerajaan Thailand.

 
 

Yang turut serta menyambut ketibaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

YAB Perdana Menteri dijadualkan akan memulakan lawatan rasmi dengan perjumpaan bersama diaspora Malaysia pada majlis minum petang di Hotel Shangri-La, sebelum berangkat ke ‘Government House’ untuk menyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Pertemuan empat mata ini dijangka memberi peluang kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang di antara Malaysia dan Thailand, meliputi kerjasama ekonomi, pembangunan kawasan sempadan dan projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat.

 

Sumber:

Gambar: Laman Facebook Rasmi YAB Perdana Menteri

Berita: Akhbar Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut