ARCA INSTAWORTHY TARIKAN PELANCONGAN DI MASJID TANAH, MELAKA

ARCA instaworthy yang dibina di Pengkalan Balak menjadi tumpuan pelancong.

ALOR GAJAH – Sejumlah RM120,000 diperuntukkan bagi pembinaan tiga arca ‘instaworthy’ di tiga pantai peranginan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Yang Dipertua Majlis Perbadanan Alor Gajah (MPAG) Tpr Saifuddin Abdul Karim berkata,  peruntukan itu diperoleh menerusi Tabung Amanah Caj Warisan Negeri 2021 bagi tujuan ‘instaworthy’ mengikut tren semasa.

“Di setiap pantai ini masing-masing Pantai Tanjung Bidara, Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Sungai Tuang kita bina arca ‘tangga langit’ dan buaian pantai.

“Ianya membabitkan kos sebanyak RM120,000, ini bertujuan bagi tarikan pelancongan di tiga lokasi pantai yang terdapat di daerah Alor Gajah,” katanya.

Menurutnya, meskipun sudah siap pada penghujung tahun lalu pihaknya akan menambah baik ciri-ciri mesra pengguna.

“Ciri-ciri lebih mesra pengguna akan ditambah baik daripada segi keselamatan struktur dan tapak.

“Pada masa ini, hanya seorang pengunjung dewasa sahaja dinasihatkan menaiki tangga dan buaian pada satu masa,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut Saifuddin berkata, selain kedua-dua arca itu, pihaknya turut bercadang menambah fasiliti lain bagi kegunaan pengunjung yang datang ke pantai peranginan di kawasan itu.

“Pada fasa seterusnya, permainan kanak-kanak dan struktur untuk semua peringkat umur akan ditambah baik bagi kemudahan pengunjung bagi menghidupkan kecerian kawasan-kawasan ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …