Pasukan PML muncul tempat pertama pada Perlawanan Jemputan Lawn Bowls Perpaduan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 peringkat Labuan.
Sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan PDRM B dan ILP A.
Pemenang menerima hadiah berupa hamper yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Lawn Bowls Labuan, En. Hassan Jinin.
Manakala pasukan Media A yang dibarisi pemain daripada Persatuan Penggiat Media Labuan menduduki tempat keenam.
Sebanyak 13 pasukan membabitkan 7 kumpulan menyertai acara anjuran Persatuan Lawn Bowls Labuan itu yang berlangsung di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan, malam tadi.
Antara yang menyertai pasukan Perbadanan Labuan, JBS Labuan, PDRM, ILP, Media Labuan, Kampung Layangan dan Petronas.



