CUBAAN 25 PTI CEROBOH PERAIRAN NEGARA GAGAL

TANGKAP: Antara PTI yang berjaya ditahan selepas cuba menyusup masuk ke perairan negara.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan 25 pendatang asing izin (PTI) warga Filipina menyusup masuk ke negara ini menggunakan dua bot di perairan Pulau Boheian, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, dua bot terbabit masing-masing membawa 10 dan 15 penumpang berusia antara tiga hingga 75 tahun, berjaya dikesan dan ditahan pasukan PPM Semporna menerusi Operasi Taring Gelora.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim, berkata pihaknya mengesan pergerakan dua bot dari arah negara jiran sebelum bertindak memintas dan menahan kedua-duanya untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 25 individu berada dalam kedua-dua bot terbabit. Juragan serta penumpang mengaku berasal dari Filipina dan memasuki perairan negara melalui Semporna.

“Mereka juga mengaku dikenakan bayaran tertentu untuk perjalanan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nazri berkata, siasatan lanjut turut menemukan sejumlah mata wang asing di dalam bot berkenaan.

Menurutnya, bot bersama semua penumpang ditahan kerana melakukan aktiviti rentas sempadan tanpa kebenaran. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM65,237.

“Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …