PEMERIKSAAN BEKALAN BARANGAN DAN PEMANTAUAN PRICE WATCH HARIAN PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT(Penguatkuasaan Undang-Undang)

KPDN Cawangan Timur Laut melaksanakan Pemantauan Price Watch Harian bagi 186 jenis barang keperluan yang meliputi premis pasar basah, supermarket, hypermarket dan pemeriksaan penentuan harga maksimum ayam, telur ayam dan minyak masak sawit tulen botol yang dikuatkuasakan di bawah akta kementerian pada 7 Februari 2023. Pemeriksaan tersebut dilakukan oleh dua orang pegawai penguat kuasa di Kompleks Pasar Besar Bayan Baru dan Sunshine Square Bayan Baru, daerah Timur Laut.

Sementara itu, enam orang pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Seberang Perai Utara turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan merangkumi Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak, Bekalan Ayam, Telur Ayam, Tepung Gandum, Gula, Pemeriksaan Tanda Harga serta Alat Timbang Dan Sukat di 22 buah premis sekitar Butterworth, Pulau Pinang.

Sumber :

KPDN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …