LENSA HARI APRESIASI TABIKA KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LABUAN, 5 Febuari 2023 – Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya mengadakan Hari Apresiasi TABIKA KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan pada 5 Febuari 2023 bertempat di Convention Hall, Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Hari Apresiasi ini diadakan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak TABIKA ini atas pencapaian dalam pendidikan prasekolah yang telah mereka ikuti di TABIKA masing-masing.
Perasmian Hari Apresiasi telah disempurnakan oleh YBhg Cik Anisah binti Saidin, Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Malaysia.
Hari Apresiasi diserikan dengan kehadiran Encik Asri Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Encik Gilbert Julian, Pegawai KEMAS Daerah, Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Samiah Daud, Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Salmah Daud, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak, KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan dan Puan Siti Zaharah binti Manap, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan, KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan.
Hari Apresiasi turut diserikan dengan persembahan bercerita bersama adik Nursybah Humaira binti Mohd Nizam dari TABIKA KEMAS Batu Manikar, persembahan nyanyian “ Something, Just Like This” dari Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Kampung Ganggarak, persembahan tarian “Sayang I Love U” dari TABIKA KEMAS Kerupang dan cabutan bertuah
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Financial Park Labuan, wakil-wakil jabatan, rakan-rakan media, pengerusi TABIKA, ibubapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan hari apresiasi ini.
SUMBER : FACEBOOK KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

KPDN TERENGGANU GERAKKAN 116 PENGUAT KUASA OP PANTAU 2023

Op Pantau 2023 telah dijalankan bermula pada awal Ramadan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu …
Maklumat Lanjut

RAKYAT TERENGGANU AKAN MENIKMATI LIPUTAN INTERNET LEBIH BAIK DIBAWAH INISIATIF JENDELA

Dalam inisiatif JENDELA yang telah dimulakan pada tahun 2020, Negeri Terengganu menjadi negeri terawal berbanding negeri lain di seluruh negara …
Maklumat Lanjut

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN DAN SIFAR PLASTIK SEKALI GUNA BAZAR RAMADAN 2023

YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan dan …
Maklumat Lanjut