PEMERIKSAAN OPS PASAR 2023 KPDN KELANTAN

 

KOTA BHARU 05 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Pemeriksaan Ops Pasar 2023 di lokasi-lokasi tumpuan awam dan keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala sekitar Pasar Daerah dan Jajahan, Kelantan.
Objektif ini bertujuan bagi memantau dan memastikan setiap peniaga tidak menaikkan harga sewenang – wenangnya dan mematuhi perundangan Peraturan – Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.
Selain itu pemeriksaan dan pemantauan secara terperinci dan bersasar supaya barangan yang dijual mempunyai tanda harga dan memastikan tiada aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Sebanyak 23 Notis Pengesahan Maklumat Barangan disempurnakan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
๐Ÿ‘‰Tel : 09-7416000
๐Ÿ‘‰Whatsapp : click link
๐Ÿ‘‰ Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI โ€˜GENG BEANโ€™ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan โ€˜Geng Beanโ€™ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut