WARNA WARNI MAJLIS TAUTAN KASIH DAN JASAMU DIKENANG KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

LABUAN, 1 Febuari 2023 – Badan Kebajikan Dan Sukan KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya mengadakan Majlis Tautan Kasih Dan Jasamu Dikenang KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan pada 31 Januari 2023 bertempat di Fisherman Wharf, Paragon Mall, Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis ini diadakan bagi meraikan Puan Hajah Nihmah Razali dan Puan Dg Norlela Awang Damit yang telah bersara wajib pada tahun lepas.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Asri Saleh, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan.
Pelbagai acara diadakan antaranya tayangan video, tukar hadiah, persembahan karaoke, cabutan nama bertuah dan kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Encik Asri Saleh.
Hadir sama pada majlis tersebut Puan Nur Aisyah Abdul Halim, Penolong Pengarah SMP dan Kewangan KEMAS Wilayah Persekutuan, Encik Gilbert Julian, Pegawai KEMAS Daerah, Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Samiah Daud, Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Salmah Daud, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak, KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan dan Puan Siti Zaharah binti Manap, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan, KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
SUMBER : FACEBOOK KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …