LABUAN KEKAL RANGKA TINDAKAN PEMBANGUNAN LABUAN 2030, PACU PEMBANGUNAN EKONOMI

[8:43 am, 02/02/2023] ABH: LABUAN, 1 Feb (Bernama) — Perbadanan Labuan akan mengekalkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 (LDB 2030) dalam usaha untuk memacu pembangunan ekonomi pulau bebas cukai itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Rithuan Ismail berkata pelan pembangunan itu menggariskan beberapa cadangan pembangunan fizikal dan program untuk meningkatkan aktiviti ekonomi.

“Labuan telah mempunyai perancangan pembangunan melalui Rangka Tindakan Pembangunan Labuan untuk jangka panjang sehingga 2030. Antara fokus pelan pembangunan itu adalah mengukuhkan dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi,” katanya pada program The Brief terbitan Bernama TV sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
[8:43 am, 02/02/2023] ABH: Menurutnya, Labuan tidak seharusnya hanya bergantung kepada sektor kewangan antarabangsa serta industri berkaitan minyak dan gas (O&G).

“Penumpuan sektor pelancongan dalam pelan pembangunan tersebut merupakan inisiatif utama kerana kelebihan Labuan sebagai pulau bebas cukai serta memiliki aset pelancongan yang berpotensi.

Rithuan berkata, untuk melaksanakan projek yang dikenal pasti dalam rangka tindakan itu, pelan tindakan pembangunan telah disediakan dengan menggariskan lima hala tuju utama.
[8:44 am, 02/02/2023] ABH: Beliau berkata, pertama, sektor perkhidmatan kewangan di Labuan akan dikukuhkan lagi melalui pelan transformasi dan rasionalisasi yang sedang dilaksanakan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan sebagai agensi peneraju.

Menurutnya, kedua, LDB 2030 perlu selari dengan pelan transformasi tersebut bagi mengembangkan sektor perkhidmatan kewangan sekali gus sebagai sektor utama yang menyumbang kepada keluaran dalam negeri kasar Labuan.

Beliau berkata, ketiga, sektor O&G yang memainkan peranan penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi Labuan perlu dimantapkan lagi melalui pelaksanaan hab O&G dengan Labuan berperanan mengukuhkan fungsinya sebagai hab utama bagi menyokong aktiviti industri ini.

Menurutnya, keempat, sektor pelancongan menjadi antara sumber dan pemacu ekonomi Labuan melalui tindakan yang telah dikenal pasti dan akan dilaksakanakan dalam tempoh segera, jangka pendek dan jangka panjang.

Kelima, sektor pendidikan dan perkhidmatan awam juga penting untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan penduduk Labuan, katanya.

Rithuan berkata, seiring dengan hasrat untuk menjadikan Labuan sebagai bandar pintar dan mampan, Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyediakan kerangka bandar pintar melalui Rangka Tindakan Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Labuan.

“Inisiatif ini bertujuan menyediakan pelan tindakan bandar pintar yang membantu merancang dan menentukan projek keutamaan berkaitan pelaksanaan projek seperti yang sedang dilaksanakan selain mengambil kira projek yang dilaksanakan oleh agensi yang menerapkan elemen pintar dalam sistem penyampaian perkhidmatan.

“Ini sekali gus menyokong segmen ekonomi digital dalam pelbagai sektor ekonomi berasaskan Internet Pelbagai Benda,” katanya.

SUMBER : BERNAMA

 

 

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut