KONSEP 9B & 5 STRATEGI AGENDA 2023 JADI PEGANGAN WARGA KERJA MKN, JPM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Haji Rodzi Md Saad telah memperkenalkan konsep 9B kepada warga kerja Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa menyampaikan ucapan dalam satu Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 yang diadakan di Menara Cyber Axis, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau,  konsep 9B yang diperkenalkan ini akan menjadi panduan dan pegangan warga MKN dalam mendepani cabaran di tahun 2023. Konsep ini intipatinya khusus kepada pembentukan karakter dan pembinaan jenama warga MKN yang lebih dihormati dan disegani.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut memperkenalkan 5 Strategi melalui Agenda 2023 yang akan memfokuskan kepada pemantapan tadbir urus, peningkatan prestasi dan juga integriti para pegawai.

5 Strategi yang digariskan tersebut adalah:

1. Memperkasa Semangat Kerja Berpasukan
2. Meningkatkan Keupayaan MKN, JPM
3. Peluang Sama Rata Kepada Semua
4. Menerapkan Pusingan Kerja
5. Kaedah Mentor Mentee

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …