KERAJAAN TERENGGANU AKAN MEMBERIKAN 100% KOMITMEN DALAM MEMERANGI GEJALA RASUAH


KUALA TERENGGANU, 29 Januari 2023


Kerajaan negeri akan sentiasa memberi komitmen 100 peratus terhadap sebarang usaha daripada mana-mana pihak bagi memerangi rasuah sekali gus bagi memastikan Terengganu bebas rasuah. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata menerusi usaha berkenaan menzahirkan pendirian Kerajaan Terengganu yang sekali tidak akan berkompromi dengan gejala berkenaan. Sebagai Menteri Besar, saya akan memberi komitmen dan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras jenayah rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.

Sementara itu, MB Terengganu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah SPRM, Tuan KPKJ Hazrul Shazreen Abd Yazid bersama rombongan di atas kunjungan tersebut di kediaman rasmi MB Terengganu pada 28 Januari 2023. bagi memperkukuhkan kerjasama dalam usaha memastikan amalan rasuah dapat dicegah dengan efektif. Sebelum ini Dr Ahmad Samsuri menjadi Menteri Besar pertama yang menerima kunjungan Rasuah Busters pada tahun lalu. Menurut pemimpin nombor satu itu Rasuah Busters membawa misi penting bagi membanteras rasuah sehingga ke akar umbi. Menerusi kunjungan berkenaan, Rasuah Busters dan Kerajaan negeri telah memeterai kerjasama dimana kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan julung-julung Kali yang diadakan pada Ogos 2022.

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …