SINDIKET DADAH BERNILAI RM53,265 DITUMPASKAN IPD SEBERANG PERAI TENGAH

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

27 Januari 2023, Seberang Perai Tengah – Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) telah mengadakan sidang media “Kejayaan Menumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Ganja Dan Heroin Yang Bernilai RM53,265.00 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD SPT.”

Sidang media itu disampaikan oleh YDH Supt Mohd Nor bin Daud, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bilik Media IPD SPT dan turut dihadiri oleh ASP Nor Zedy bin Mohd Noor, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah IPD SPT, Insp Wan Fazlina binti Wan Zahari, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah IPD SPT, Pegawai Pangkat Rendah serta Pengamal-pengamal Media Cetak dan Elektronik.

Sumber :

PDRM Pulau Pinang