JPJ PULAU PINANG: PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU ANTARA KESALAHAN UTAMA DIKESAN DALAM OPS TBC 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA TERAS 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Sepanjang Ops TBC 2023 bermula 18 Januari sehingga 26 Januari 2023, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah antara kesalahan utama tertinggi dikesan JPJ Negeri Pulau Pinang dalam Ops TBC 2023, dengan 49 notis saman dikeluarkan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.

Antara penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah seperti menjawab panggilan, melayari whatsApp, facebook dan sebagainya. Sikap sedemikian boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pemanduan di jalan raya, berbahaya kepada pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Sikap sebegini di kalangan segelintir pemandu, boleh menyebabkan kemalangan disebabkan kelekaan, serta memperlahankan masa tindakbalas semasa pemanduan.

Menurut Miros, kajian mendapati bahawa pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh menyebabkan kenderaan tersasar dari lorong, terlepas simpang, melanggar pejalan kaki dan melanggar lampu merah.

Untuk makluman pengguna jalan raya, kesalahan dibawah Subkaedah 17 A(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959, iaitu penggunaan telefon bimbit / alat komunikasi semasa memandu boleh menyebabkan mata demerit dalam sistem Kejara.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang ketika memandu untuk mengelakkan dari dikenakan tindakan penguatkuasaan. Pengguna jalan raya juga dinasihat memandu dengan cermat dan berhemah di jalan raya agar bebas dari kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa sendiri atau pengguna jalan raya yang lain dan kerugian harta serta pembaziran masa akibat dari kemalangan disebabkan faktor kecuaian dan ketidakpatuhan pada peratuan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Pandu Cermat Sampai Selamat.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 28,000 VETERAN TENTERA TIDAK BERPENCEN TERIMA BANTUAN RM300 SEBULAN

CAMERON HIGHLANDS, 21 MEI: Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima …
Maklumat Lanjut

KELUARGA BAYI SAKIT NAIK MOTOR KE HOSPITAL TERHARU DAPAT PERHATIAN PM

ALOR SETAR, 21 MEI: Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure …
Maklumat Lanjut

LEBIH 700,000 PELAJAR DIBERI VAKSIN HPV SEBELUM TAMAT SESI PERSEKOLAHAN 2024

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri …
Maklumat Lanjut