Butterworth, 18 Januari 2023 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Pulau Pinang telah berjaya menghalang dan merampas aktiviti seludup bunga api dan mercun dalam serbuan di sebuah premis di George Town, Pulau Pinang pada 9 Januari yang lalu.
Rampasan mercun dan bunga api yang berat lebih daripada 1.6 tan adalah bertujuan untuk diedarkan dan dijual oleh saspek sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Siasatan awal mendapati, sindiket membawa masuk mercun tersebut secara haram dari negara jiran dan menggunakan jalan laut dalam menyeludup masuk dan seterusnya dipindahkan ke kenderaan darat untuk dibawa ke stor simpanan.
Siasatan lanjut masih diteruskan dan kesemua saspek yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan. Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Sumber:
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang