DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)
KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI PULAU PINANG KE ATAS YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Pada 17 Januari 2022, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di pejabat beliau.
Kunjungan hormat MKN Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Mohamad Hasbi Ash-Shiddieqy bin Ahmad, Penolong Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara MKN Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta sebagai medium perkongsian maklumat dan bertukar pendapat.

Dalam sesi yang sama, kunjungan hormat ini juga bertindak sebagai satu platform perbincangan hala tuju keselamatan negeri bersama YB. Dato’ selaku Pengerusi Jawatankuasa Geraksaraf Perangsaraf Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir bersama dalam kunjungan ini adalah Dr. Muhammad Arafat bin Noordin, Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang dan Cik Syafinas binti Azam, Penolong Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang.
Pejabat MKN Negeri Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB. Dato’ atas kesudian meluangkan masa beliau menerima kunjungan hormat tersebut.



