LOKASI BERISIKO BERLAKU TANAH, CERUN RUNTUH DIPANTAU

SEREMBAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan kini memantau kesemua lokasi berisiko sering berlaku kejadian tanah dan cerun runtuh di negeri ini.

Pengarahnya, Ir. Wan Hasnan Wan Musa berkata, langkah tersebut diambil ketika negara berada dalam Monsun Timur laut dan tindakan segera pembaikan juga akan diambil jika terdapat aduan berlaku kejadian bencana tersebut.

“Perkara itu memang perlu tindakan segera bagi memastikan laluan selamat. JKR memang sentiasa memantau lokasi sering berlaku tanah dan cerun runtuh, ada beberapa tempat namun terkawal, kami tidak boleh dedahkan untuk elakkan kerisauan masyarakat.

“Kita sekarang dalam musim Monsun Timur Laut dengan hujan lebat jadi beberapa kawasan turut terkesan dan senang mengalami keruntuhan, pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati, elakkan perjalanan pada waktu malam kerana jarak penglihatan yang terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan projek membina dan membaiki cerun runtuh di Rumah Rakyat Panchor di sini.

Jelas beliau, sejak bulan lalu terdapat sekurang-kurangnya empat kejadian tanah runtuh dan mendap berlaku di negeri ini yang mendatangkan risiko kepada orang ramai.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong menambah, pihaknya meminta kerjasama daripada orang ramai untuk memaklumkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui terdapat berlakunya kejadian tanah runtuh.

“Memang sejak beberapa hari ini, kami kerap menerima aduan berkenaan kejadian tanah runtuh. Saya meminta kepada orang ramai sekiranya mereka mendapat tahu tempat yang berlaku tanah runtuh, segera maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan jabatan serta agensi berkaitan supaya tindakan awal dapat diambil,” katanya.

Mengenai projek membina dan membaiki cerun runtuh di Rumah Rakyat Panchor tersebut, Kok Seong menjelaskan, ia telah siap pada 17 November lalu dengan peruntukan sebanyak RM2.01 juta.

Katanya, runtuhan cerun di kawasan milik persendirian itu telah terjadi sejak 2014 berikutan gelongsoran tanah disebabkan hujan lebat dan menjejaskan kira-kira 21 buah keluarga.

Sumber– UTUSAN

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝟮𝟰 𝗝𝗔𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗦𝗘𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi ini  …
Maklumat Lanjut

TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya …
Maklumat Lanjut