DUA TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BAHARU DIKENAL PASTI DI KELANTAN

 

Kerajaan negeri Kelantan mengenal pasti dua lokasi di daerah Tanah Merah dan Tumpat untuk dijadikan tapak pelupusan sampah baharu bagi mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, kerajaan mengakui tapak sedia ada di Beris Lalang, Bachok dekat sini, hampir penuh dan tidak mampu menampung pertambahan jumlah sampah.
“Insya-Allah perbincangan mengenai perkara ini akan dilakukan secepat mungkin.
“Selain itu, kerajaan negeri juga melakukan penambahbaikan di kawasan tapak pelupusan sampah Beris Lalang bagi memastikan jangka hayat kawasan itu bertahan lebih lama.
Mungkin boleh dijadikan tempat mencari barangan yang boleh dikitar semula,” katanya ketika ditemui pemberita pada Malam Penghargaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Bersama Pengusaha Hotel di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut Izani berkata, pihaknya juga bercadang memanfaatkan sampah di kawasan tapak pelupusan menerusi penghasilan biokompos dan keperluan lain.
Katanya, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan pihak syarikat yang mahu bekerjasama bagi menswastakan tapak pelupusan sampah.
“Ia merupakan salah satu langkah untuk memastikan jangka hayat tapak pelupusan di Kelantan lebih lama,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …