AMBIL TAHU: KATEGORI OKU

Bersempena dengan Hari OKU Sedunia, jom sama-sama ambil tahu serba sedikit fakta mengenai Kategori Orang Kurang Upaya.

  • Kurang Upaya Pendengaran: Seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas dengan kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.
  • Kurang Upaya Penglihatan: Seseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad pada kedua-dua belah mata.
  • Kurang Upaya Pertuturan: Seseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan dalam berkomunikasi dengan sempurna serta tidak boleh difahami orang yang berinteraksi dengannya.
  • Kurang Upaya Pembelajaran: Seseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.
  • Kurang Upaya Fizikal: OKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan atau jari kiri.
  • Kurang Upaya Mental: OKU mental yang melibatkan individu berpenyakit mental teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh pakar psikiatri. Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan diri atau perhubungannya dalam masyarakat.
  • Kurang Upaya Pelbagai: OKU pelbagai iaitu melibatkan individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.

SUMBER: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut