PEMULIAAN AL-QURAN DI SELAT MELAKA

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama beberapa agensi menyempurnakan aktiviti pelepasan sebanyak 6.8 tan abu Al-Quran ke laut pada 30 November 2022. Ia dilaksanakan ketika Program Pemuliaan Al-Quran JAWI dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di perairan Pulau Indah, Selangor. 

Pelepasan abu itu merupakan proses pemuliaan Al-Quran selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30. Program ini merupakan tindakan proaktif JAWI dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan Al-Quran yang betul sekaligus memelihara kesucian ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap masa.

SUMBER: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI, BERNAMA 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …