AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP NEGERI SEMBILAN

KUALA PILAH | 30 November 2022 – Ybrs. Encik Muhammad Zahir bin Mazlan, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan bersama-sama Encik Abd Muis bin Samsudin , Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan dan pasukan telah mengadakan lawatan pemantauan di sebuah ladang pengeluar telur ayam yang terletak di Batu Kikir.

Untuk makluman, ladang ini merupakan antara pengeluar telur ayam yang utama untuk pasaran di Negeri Sembilan dengan kapasiti pengeluaran antara 1,000 – 1,200 tray sehari bagi setiap reban ternakan. Lawatan ini juga merupakan satu inisiatif libat urus dengan syarikat pengeluar untuk mendapatkan maklumat dan sebarang permasalahan berkaitan dengan pengeluaran telur ayam. Pemantauan seterusnya turut dijalankan di peringkat pemborong dan pasaraya di sekitar Seremban.

Sumber: KPDNHEP Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …