PROGRAM INSPIRE EXPLORATION KEBANGSAAN 2022 PERINGKAT ZON SELATAN

Port Dickson , 26 November 2022 – Telah berlansung Program Inspire Exploration Kebangsaan 2022 Peringkat Zon Selatan bertempat Institut Latihan FAMA Port Dickson. Program ini adalah kerjasama bersama dengan Pesron Negeri Sembilan dan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam.

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan Orang Kelainan Upaya untuk terlibat dalam aktiviti rekreasi luar seperti orang normal. Aktiviti yang dilasanakan untuk mereka adalah seperti berakit, water confident, asas pertolongan cemas, mendaki Bukit Batu Putih dan asas tali.

Peserta adalah terdiri daripada Oku dari Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan yang melibatkan pelajar dari sekolah pendidikan khas dan peserta oku dewasa seramai 40 orang.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz. Turut hadir sama adalah Encik Razlan bin Abdul Rauf Penolong Pengarah cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Yuhana Anum binti Md Yunus Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Encik Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program Inspire Exploration Kebangsaan 2022 Peringkat Zon Selatan pada kali ini.

Semoga pengalaman ini memberikan pengalaman yang berharga kepada mereka.

Sumber: JBS Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …