DATUK BANDAR KUALA LUMPUR LANCAR KEMPEN SIFAR PLASTIK SEKALI GUNA DAN SISTEM ONLINE TRASH-TO-CASH

KUALA LUMPUR – YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah melancarkan Kempen Sifar Plastik Sekali Guna dan Sistem Online Trash-to-Cash di lobi Menara DBKL 1 pada 25 November 2022 yang lalu. Pelancaran kempen ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di Kuala Lumpur dan secara tidak langsung dapat melahirkan warga kota yang membudayakan amalan kitar semuala.

Pada peringkat permulaan, pelaksanaan Kempen Sifar Plastik Sekali Guna memfokuskan kepada kalangan warga kerja DBKL sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara tindakan yang akan diambil di bawah kempen sifar plastik sekali guna adalah seperti berikut:

  1. Larangan penggunaan produk plastik sekali guna sebagai pembungkusan makanan dalam premis DBKL seperti di Menara DBKL bermula Disember 2022
  2. Menambahbaik syarat-syarat perolehan hijau DBKL dalam lantikan panel pembekal makanan dan premis perniagaan dalam bangunan DBKL. Sebagai galakan Persatuan Penjaja juga akan memberi potongan harga kepada pelanggan yang membawa bekas makanan sendiri.
  3. DBKL juga telah meminda Undang-undang Kecil Pelesenan dan Petempatan Makanan WPKL 2016 di mana telah mensyaratkan penggunaan produk biodegradasi sebagai alternatif kepada penggunaan plastik.

Pelan tindakan ini dirangka agar sasaran sifar plastik sekali guna dapat dicapai menjelang 2030.

Didalam majlis yang sama YBhg. Datuk Bandar turut memperkenalkan Sistem Online Trash-To-Cash yang akan digunapakai pada Recycle Reverse Vending Machine (RRVM) juga disediakan di Menara DBKL 1. RRVM merupakan inisiatif bersama antara DBKL, AmBank Group dan Orie Engineering Sdn Bhd. AmBank Group telah berbesar hati melaksanakan CSR di bawah Sustainability Initiative AmBank. Usahasama yang berkonsepkan ekonomi kitaran ini selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang melibatkan peranan pihak swasta.

Turut menghadiri majlis pelancaran tersebut adalah YBhg. Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group, Pengarah-Pengarah Eksekutif DBKL, pengarah jabatan dalaman DBKL dan warga kerja DBKL.

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Ops …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Tanda …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut