DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
Teras 7: Pembangunan Mampan (Pemuliharaan Alam sekitar)
Satu program kutipan sampah telah diadakan di Pantai Robina Pulau Pinang, anjuran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang. Program ini telah dihadiri oleh Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang dan En Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif dari Jambatan kedua Sdn. Bhd. Program ini dimulakan dengan aktiviti riadah disusuli dengan kutipan sampah di sepanjang Pantai Robina. Sebanyak 126 kg sisa dosmetik telah dikumpul dimana kebanyakkannya adalah botol plastik dan polisterin bekas makanan yang dibawa oleh arus dan berkumpul di kawasan penahan ombak.
Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar