HUBUNGI PUSAT RESPONS SCAM KEBANGSAAN (NSRC) JIKA ANDA ADALAH MANGSA JENAYAH SIBER

????? ??????????? ?????? 2021-2025
????? ????? ??????????? ?????? 8: ??????????? ?????? (Jenayah Siber)

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.

NSRC adalah pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Di antara penipuan kewangan dalam talian ini adalah memancing data (phishing), Macau scam, serangan perisian hasad (malware), penipuan penghantaran barangan atau bungkusan (parcel scam) dan love scam.

Adalah diingatkan bahawa NSRC, PDRM, BNM atau institusi perbankan hanya akan menghubungi anda sekiranya anda sudah membuat laporan insiden penipuan kepada pihak tersebut. Pihak tersebut tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.

Sekiranya anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda, segera hubungi hotline bank anda yang beroperasi 24 jam setiap hari (hotline bank 24/7) atau hubungi talian hotline NSRC iaitu 997 (talian ini boleh dihubungi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, termasuk cuti umum). Hubungi segera bank atau NSRC untuk membantu mengurangkan kerugian yang dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda.

 

Sumber:

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), PDRM

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERES JADI PUSAT PANGGILAN JUDI DISERBU

Sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan, di daerah ini yang dijadikan pusat panggilan perjudian secara dalam talian sejak …
Maklumat Lanjut

KASTAM NEGERI SEMBILAN RAMPAS ENAM JUTA BATANG ROKOK LARI CUKAI

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan berjaya mematahkan cubaan mengedarkan sebanyak 6.51 juta batang rokok lari cukai selepas menahan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DAFTAR KEBAYA SETENGAH TIANG DI MYIPO

Bagi memelihara keaslian dan keunikan Kebaya Setengah Tiang, kerajaan Negeri Sembilan telah mendaftarkan busana tersebut sebagai harta intelek dengan Perbadanan …
Maklumat Lanjut