LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: HAL EHWAL AWAM

Seremban,16 November 2022 – Latihan dalam perkhidmatan (LDP) Hal Ehwal Awam Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan telah diadakan di Tingkat 9, IPK N.Sembilan pada pagi tadi. LDP disampaikan oleh DSP Erny Yusnida Binti Che Yusoff.

Objektif LDP diadakan supaya peserta dapat mendalami dan menjiwai tugas dan tanggungjawab HEA dalam pelaksanaan tugas harian terutama sekali perhubungan dengan media massa. Selain itu peserta dapat menghuraikan aspek-aspek penting dalam perucapan seperti imej perucap, analisis audien, pemilihan penulisan dan bahasa yang berkesan serta tatacara penyampaian ucapan.

Semoga dengan LDP ini dapat memberikan panduan dan penambahbaikan lagi cawangan Hal Ehwal Awam Kontinjen N. Sembilan.

Turut sama hadir dalam LDP yang diadakan ASP Noor Bashira Binti Bidin, PT Latihan/ Sukan ,ASP Fahimah Binti Ishak, ASP Penyelaras Bhg Pentadbiran, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai Pangkat Rendah HEA Kontinjen N. Sembilan.

Sumber: Polis Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …