SINDIKET SELEWENG DIESEL SUBSIDI TUMPAS

PUTRAJAYA:  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Seremban, Negeri Sembilan pada 10 November lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, serbuan turut merampas minyak diesel berjumlah 40,000 liter, lori, mesin pemampat, dokumen perniagaan dan beberapa peralatan digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 323,000.

“Kami turut menahan tiga lelaki warga tempatan untuk siasatan dan kesemua mereka ditemui ketika sedang memindahkan minyak diesel daripada tangki simpanan ke sebuah lori tangki di premis berkenaan.

“Kertas siasatan dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga sedang mengesan individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut.

Azman berkata, pihaknya memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat supaya mematuhi perundangan yang ditetapkan.

Menurutnya, individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan boleh didenda tidak lebih RM1 juta dan RM3 juta bagi kesalahan berikutnya atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta, manakala  kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

“Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613),” katanya.

Katanya, pihaknya ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  YBrs. Tuan …
Maklumat Lanjut

6120 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

TANAH MERAH 15 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima lima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan …
Maklumat Lanjut