DAERAH REMBAU KINI POPULAR DENGAN AKTIVITI GLAMPING

NEGERI SEMBILAN, 14 November- Selain sajian daging salai, daerah Rembau kini popular dengan aktiviti Glamping iaitu perkhemahan selesa dan mewah.

Terletak di Kampung Senama Hulu, destinasi tersebut menjadi tarikan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman bermalam di kawasan perkhemahan bersama keluarga.

Temuan Hills Glamping menawarkan beberapa pilihan khemah seperti khemah keluarga dan VIP.

Selain itu pelbagai aktiviti seperti menunggang ATV turut disediakan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke tempat rekreasi ini.

Pengunjung yang gemarkan aktiviti ATV boleh merasai pengalaman meredah hutan untuk sampai ke Jeram Peti yang mengambil masa hampir dua jam.

“Tercetus idea buat tempat ini kertika PKP. Kebetulan adik-beradik berkumpul tidak tahu hendak buat apa hendak nak berkebun asalnya,’ kata pemilik Temuan Hills Glamping, Intan Diana Ujang

Bersantai sambil glamping dalam suasana malam pastinya memberi pengalaman percutian yang terindah untuk merehatkan minda orang ramai.

Trend Glamping semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia kerana kemudahan asas telah disediakan dan anda hanya perlu datang untuk menikmati persekitaran yang segar.

sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut