PAMPASAN KEPADA PENGGUNA LRT

Pihak Rapid Rail telah mengumumkan pemberian tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya. Sebahagian perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah digantung selama lima (5) hari, namun pengguna akan diberi perjalanan percuma selama tujuh (7) hari. Ini akan dilaksanakan seperti berikut*: –

Pengguna My50

  • Pengguna akan diberi tambahan perjalanan percuma selama tujuh (7) hari apabila memperbaharui pas My50 setelah tamat tempoh. Pembaharuan boleh dilakukan bermula 21 November hingga 20 Disember 2022.
  • Pengguna perlu kemana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT dan Pegawai Khidmat Pelanggan akan membuat pengesahan.
  • Bagi pelanggan pas My50 yang tamat tempoh di antara Isnin 14 November hingga Ahad 20 November 2022, boleh menggunakan pas seperti biasa tanpa sebarang caj. Sila pastikan sekurang-kurangnya RM5.00 nilai tersimpan dikekalkan di dalam pas.

Pengguna Kad Touch ‘n Go

  • Pengguna kad Touch ‘n Go yang menggunakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya boleh menggunakan kad seperti biasa tanpa sebarang caj di antara Isnin 14 November hingga Ahad 20 November 2022 dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya.
  • Sila pastikan sekurang-kurangnya RM5.00 nilai tersimpan dikekalkan di dalam kad.

Pengguna Token

  • Semua pengguna yang menggunakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dari Isnin 14 November sehingga Ahad 20 November layak untuk menikmati tambang percuma.
  • Pengguna perlu kemana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala, dengan syarat destinasi mula atau akhir adalah di mana-mana stesen Laluan Kelana Jaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Rapid Rail di suggest@rapidkl.com.my atau hubungi 03-7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7.00 pagi hingga 8.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang.

Prasarana dan Rapid Rail ingin mengucapkan terima kasih kepada semua diatas kesabaran anda ketika tempoh yang sangat mencabar ini dan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan terutama sekali pihak Smart Selangor, MARA Liner, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga rakyat Malaysia yang telah memberi bantuan kepada penumpang-penumpang yang terjejas.

Prasarana dan Rapid Rail sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya. Segala usaha akan diambil bagi memastikan gangguan seumpama ini tidak akan berulang.

 

SUMBER: Rapid KL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …