PELAKSANAAN PEMERIKSAAN IMIGRESEN AKTIVITI KELUAR MASUK LABUAN

1 November 2022 — Sekitar pelaksanaan pemeriksaan Imigresen bagi aktiviti keluar masuk Labuan yang bermula hari ini di Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL) dan Terminal Feri Antarabangsa RORO.
Penguatkuasaan pemeriksaan ini adalah selaras dengan keperluan untuk meningkatkan aspek keselamatan dan kawalan sempadan di Negeri Sabah tanpa Kompromi.
Menteri Dalam Negeri semasa lawatan rasminya ke W.P Labuan pada 10 September 2022 yang lalu telah mengarahkan JIM untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat bagi pergerakan pelawat dari Terminal Feri Antarabangsa WP Labuan dan Terminal Feri RO-RO, WP Labuan ke Negeri Sabah. Arahan yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan permintaan Kerajaan Negeri Sabah sendiri supaya pemeriksaan Imigresen dilaksanakan ke atas pelawat-pelawat yang memasuki Sabah dari Labuan.
Pemeriksaan keluar dan masuk dari W.P Labuan ke Jeti Jesselton Point dan Jeti Tanjung Pagar, Sabah akan diadakan di Terminal Feri Antarabangsa W.P Labuan. Bagi pemeriksaan masuk pelawat dari W.P Labuan ke Jeti Menumbok, Sabah pula akan diadakan di Jeti RO-RO W.P Labuan dan Terminal Feri Antarabangsa WP Labuan. Manakala pergerakan keluar pelawat dari Jeti Menumbok, Sabah ke W.P Labuan akan diadakan di Jeti Menumbok, Sabah.
Melalui pemeriksaan yang akan dilaksanakan ini, semua kategori pelawat akan menjalani pemeriksaan Imigresen untuk keluar dan masuk antara WP Labuan dan Sabah. Pelawat yang disekat masuk atau keluar dengan arahan dari Pihak Berkuasa Negeri Sabah perlu memohon Surat Kemudahan Pelepasan bagi tujuan pergerakan.
Walau bagaimanapun beberapa pengecualian akan diberikan khususnya kepada warganegara yang menetap di Labuan dan berulang alik ke Sabah untuk tujuan bekerja.
SUMBER : FACEBOOK JABATAN IMIGRESEN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …