PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGASAAN LABUAN MENERIMA PERANTI SISWA KELUARGA MALAYSIA

Seramai 117 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan telah menerima Peranti Siswa Keluarga Malaysia, baru-baru ini.
Penerima terdiri golongan B40 yang menuntut di Pusat Tingkatan Enam sekolah berkenaan.
Pengetuanya Mohd Nizam Yasim berharap semua pelajar yang menerima peranti ini dapat memanfaatkan sumbangan kerajaan tersebut ke arah menjayakan Dasar Pendigitalan Pendidikan selari dengan Revolusi Industri 4.0.
Selain memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini.
Turut hadir meninjau sesi pengagihan peranti tersebut ialah dua Penolong Pengarah Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Sahbudin Ag. Muhammad dan Christopher John Sintum.
SUMBER :FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …