SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA PERBADANAN PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Penguat Kuasa Perbadanan Putrajaya pada tahun ini telah diadakan dengan penuh protokol dan istiadat di mana perbarisan kawalan kehormat yang melibatkan seramai 60 Anggota dan 3 pegawai.

Majlis perbarisan pada kali ini menyaksikan pegawai Penguat Kuasa Inspektor Kanan Abdul Samad Bin Haji Sulaiman dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji yang dikhaskan kepada beliau yang bakal bersara pada 31 Mac 2023. Manakala 7 anggota penguat kuasa dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia dan Pingat Perkhidmatan Penguat Kuasa sebagai tanda penghargaan pihak Perbadanan kepada anggota yang telah berkhidmat melebihi 10 dan 20 tahun.

Majlis juga turut menyaksikan Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg. Datoโ€™ Haji Che Roslan Bin Che Daud mengetuai senarai penerima Lencana Kehormat Kemahiran Berkuda dengan diikuti oleh 5 penerima lain yang terdiri dari Naib-Naib Presiden PPj dan juga Pengarah-Pengarah PPj.

Presiden PPj menyeru agar Bahagian Penguatkuasa PPj terus merancang dan melaksanakan aktiviti dan program samada di peringkat dalaman mahupun luaran yang menjurus kepada meningkatkan kecemerlangan dan mutu perkhidmatan di samping mempertahankan Imej Penguatkuasa dan PPj.

#Putrajaya

#KeluargaMalaysia

#IndahnyaPutrajaya

 

SUMBER: Perbadanan Putrajaya

Artikel/Berita Terkini

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hari Pekerja …
Maklumat Lanjut

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif …
Maklumat Lanjut

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut