#PRU15: LAWATAN TAPAK PENAMAAN CALON P.124 BANDAR TUN RAZAK

LAWATAN TAPAK PENAMAAN CALON P.124 BANDAR TUN RAZAK

TEMPAT: KAWASAN PENTADBIRAN IPD CHERAS

KEHADIRAN: YDH DCP DATO’ YAHYA BIN OTHMAN

TARIKH: 31/10/2022

YDH DCP Dato’ Yahaya bin Othman, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah hadir membuat lawatan tapak penamaan calon P.124 Bandar Tun Razak bertempat di Institut Latihan DBKL (IDB), Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras.

Sepanjang tempoh lawatan, YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah ditaklimatkan oleh Pegawai Pengurus Parlimen berkenaan agenda Hari Penamaan Calon dan lokasi strategik bagi menempatkan penyokong parti yang bertanding dalam jarak 50 meter daripada Dewan Penamaan Calon. YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur juga diberitahu mengenai pengurusan pentadbiran serta membuat lawatan ke fasiliti yang terdapat di Institut Latihan DBKL (IDB) tersebut.

Dalam lawatan itu juga, YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur turut berkesempatan untuk berkenalan dengan Pegawai Pengurus Parlimen dan Ahli Jawatankuasa yang bertugas menjelang PRU 15 kelak.

Turut hadir, ACP Shafee Bin Abd Samad (Tim. KJPJKK (Perancangan Strategik) IPK KL), SUPT Ahmad Nor a/l Nai (KJKDN/KA IPK KL), SUPT Annas Bin Sulaiman (Timb. Ketua Polis Daerah Cheras), DSP Wan Shaiful Eliza Bin Rahim (PT Pelesenan IPK KL), INSP Mohamad Nur Hidayat Bin Mohd Sharial (KBKDN/KA IPD Cheras), INSP Azlan Bin Sudin (BKDN/KA IPD Cheras), INSP Muhd Arfizan Bin Ab Aziz (Ketua Polis Balai Salak Selatan) dan Pegawai Rendah Polis IPD Cheras.

Lawatan telah berakhir dengan jayanya. Kami dari seluruh warga IPD Cheras mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDH DCP Dato’ Yahaya bin Othman kerana sudi menghadirkan diri untuk membuat lawatan ke tapak Penamaan Calon P.124 Bandar Tun Razak di bawah pentadbiran IPD Cheras.

#PolisCheras

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

 

SUMBER: Polis Cheras

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …