340 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA

 

TUMPAT 31 Okt : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tumpat, Kelantan telah menjalankan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan pada semalam.
Hasil maklumat risikan pasukan mengekori pergerakan sebuah kenderaan jenis Proton Saga Aeroback berpendaftaran Malaysia mencurigakan dari arah Chabang Empat Tumpat menghala ke Kg. Bendang Pak Yong, Simpangan Tumpat, Kelantan.
Pasukan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan dan menjumpai 20 kotak mengandungi cecair disyaki minyak masak bersubsidi anggaran sebanyak 340 kilogram untuk diseleweng melalui pengkalan haram.
Siasatan dan tindakan selanjutnya akan dijalankan dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh dan kesemua barangan yang ditinggalkan disita untuk tindakan selanjutnya.
Nilai rampasan 340 kilogram minyak masak bersubsidi dianggarkan sebanyak RM 850.00 dan sebuah kenderaan sebanyak RM 5,000.00

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut