KPDNHEP KELANTAN AMBIL 2 TINDAKAN KES DIBAWAH AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011

 

KOTA BHARU 31 Okt : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu berkaitan penggunaan perlabelan logo, perbahasan dan takrifan Halal dijalankan sekitar Kota Bharu, Kelantan menguatkuasakan perundangan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Hasil daripada operasi mendapati 2 premis gagal mematuhi perundangan yang ditetapkan sepanjang pemeriksaan dijalankan dan tindakan kes dibawah Akta Perihal Dagangan 2011, (Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011)memperaku mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal.
Dilokasi serbuan pertama pada jam 11.15 pagi semalam bertempat di Pelangi Mall Kondominium, Kota Bharu Kelantan pasukan membuat penyitaan terhadap kopi pracampuran sebanyak 3,600 sachet unit dengan nilai anggaran rampasan RM 8,970.00.
Susulan itu pasukan telah membuat serbuan kedua pada jam 12.00 tengahari semalam di kilang membuat dan memproses di Pengkalan Chepa, Kelantan hasilnya telah menemui kopi yang sama sebanyak 16,560 sachet unit dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 41,262.00

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …