ZAKAT DAY @ KVERTS

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2022: PPZ-MAIWP telah menjalankan Program Zakat Day @ KVERTS dengan kerjasama Kolej Vokasional ERT Setapak, Bahagian Pendidikan Latihan Teknik & Vokasinal (BPLTV) dan juga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL (JPWPKL) bersempena pelancaran Jihad Pendidikan. Inisiatif program ini adalah untuk para pelajar dan pendidik KVERTS lebih memahami kepentingan menunaikan zakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

PPZ-MAIWP turut menyalurkan sumbangan kepada 250 pelajar asnaf dan B40, 3 buah surau sekolah serta kolej dengan keseluruhan sumbangan sebanyak RM60,000 melalui wakalah pembayar zakat.

  • 250 pelajar asnaf dan B40:
  • 100 pelajar Kolej Vokasional ERT Setapak (KVERTS)
  • 50 pelajar Kolej Vokasional Setapak
  • 50 pelajar SMK Pendidikan Khas Setapak
  • 50 pelajar SK Setapak Indah
  • 3 buah surau sekolah dan kolej:
  • Surau at-Taqwa Kolej Vokasional Setapak
  • Surau Ainul Qalbi SMK Pendidikan Khas Setapak
  • Surau SK Setapak Indah

Semoga program ini menjadi satu wadah untuk memupuk lebih ramai generasi yang celik dan cakna zakat selain menjadi manifestasi peranan kita sebagai penjamin kepada asnaf demi kelangsungan hidup mereka.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan. Turut hadir Timbalan Pengarah Kanan Kluster Pembangunan Kurikulum dan Program TVET, Encik Zulkernai Fauzi serta Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak, Puan Faridah Akhma binti Zulkifli

SUMBER: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …