??????? ?????? ???????, ???? ?????????? ??????? ????????? ???? ?? ?????????

PUTRAJAYA, 20 OKTOBER 2022 – Semangat Keluarga Malaysia terus diterapkan dengan pelaksanaan Program Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran telah dilaksanakan oleh SWCorp Wilayah Persekutuan di Restoran Les Palace, Presint 15, Putrajaya. Program yang dijalankan sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut tidak lama telah dimeriahkan dengan edaran muruku kepada 40 hero kebersihan yang berbangsa India.

Majlis serba ringkas namun bermakna ini telah disempurnakan Puan Ummi Kalthum, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan. Turut hadir dari Pejabat Parlimen Putrajaya, Perbadanan Putrajaya dan Alam Flora Sdn Bhd. Seiring dengan matlamat SWCorp menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, aktiviti plogging dan sesi libat urus turut diselitkan bagi memberi teguran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Pelaksanaan kempen seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sentiasa peka dan prihatin dengan kempen yang dijalankan.

 

SUMBER: SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut