PETRONAS SUMBANG BOT, KELENGKAPAN HADAPI BANJIR DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN: Petronas hari ini menyumbangkan dua buah bot dan kelengkapan menghadapi banjir kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri ini.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, M Zaki Mahat berkata, sumbangan melalui Program Bantuan Bencana Petronas di Negeri Sembilan itu berupa dua buah bot dilengkapi enjin, tangki bahan api serta kelengkapan bot lain, 300 khemah perlindungan mangsa banjir, 150 jaket keselamatan dan 1,500 baju hujan.

“Kami berharap sumbangan dan penglibatan kami ini dapat meringankan beban agensi terlibat dalam menjalankan usaha membantu mangsa banjir serta meningkatkan persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang,” katanya.

 

Beliau menyerahkan sumbangan berkenaan Pengarah APM Negeri Sembilan, Lt. Kol (PA) Mohd. Nazri Meskam, sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada majlis yang diadakan di Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut M Zaki, inisiatif itu adalah sebahagian daripada sumbangan bantuan banjir Petronas sebanyak RM25 juta yang telah diumumkan pada bulan Disember 2021 yang bertujuan untuk membantu ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda negara. – UTUSAN

sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …