TAHNIAH PLUS MALAYSIA BERHAD!

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerima pengiktirafan daripada Institut Pengurusan Risiko dan Insurans Malaysia (MARIM) pada Persidangan Antarabangsa 2022 di Putrajaya baru-baru ini. Anugerah tersebut diberikan atas kecemerlangan dan pendekatan serta ketahanan PLUS dalam menghadapi Covid-19 di dalam organisasi.

PLUS dipilih kerana mempamerkan kebolehsuaian dan inovasi yang hebat bukan sahaja dalam menguruskan kesinambungan operasi semasa pandemik Covid-19 tetapi juga memudahkan pergerakan barangan keperluan dan aktiviti ekonomi yang berkesan di seluruh negara sambil memastikan keselamatan semua.

PLUS berbesar hati menerima anugerah dan pengiktirafan ini dan komited untuk melaksanakan misi iaitu “Menghubungkan Komuniti Untuk Mencorakkan Masa Hadapan Yang Selamat Dan Lestari”.

 

SUMBER: PLUS MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

PEMERKASAAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) SEBAGAI BENTENG KESELAMATAN KOMUNITI MELALUI PENYERTAAN GOLONGAN MUDA

Dalam meniti arus pemodenan yang semakin mencabar, isu keselamatan kawasan kejiranan sering menjadi topik perbincangan utama dalam kalangan masyarakat. Keselamatan …

MEMUTUS RANTAIAN ‘SIMBIOSIS HARAM’: KEWAJIPAN MENOKTAHKAN ISU PATI DI MALAYSIA

Isu lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia merupakan barah nasional yang seolah-olah tiada titik noktahnya. Walaupun pelbagai operasi …

MIKROFON PREMIUM, MINDA MURAHAN: BARAH BAHARU DUNIA DIGITAL

Hari ini, sesiapa sahaja boleh membeli mikrofon gred studio, menyewa pencahayaan estetik, dan menggelar diri mereka sebagai “podcaster.” Namun, di …