MAJLIS SERAH TERIMA STESYEN ALAT TIMBANG KENDERAAN KPDNHEP

NILAI, 20 Oktober 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini telah mengadakan Majlis Serah Terima Stesyen Alat Timbang Kenderaan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd. Yusof, Ketua Setiausaha KPDNHEP bertempat di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP, Nilai, Negeri Sembilan.

Pada hari ini juga berlangsungnya Majlis Serah Terima Stesen Alat Timbang Kenderaan (ATK) KPDNHEP daripada pihak pembekal iaitu Teras Integrasi Sdn. Bhd. di mana perolehan sebanyak satu (1) unit Alat Timbang Kenderaan (ATK) dan 4,156 alat piawaian timbang dan sukat lain melibatkan peruntukan sebanyak RM 14.69 juta secara keseluruhannya bagi memperkasakan lagi tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Alat Timbang Kenderaan (ATK) merupakan salah satu peralatan piawaian timbang dan sukat yang penting bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 di mana ianya dapat mengira berat timbangan barang-barang ekshibit yang dirampas dengan lebih tepat bagi tujuan pendakwaan dan pelupusan selain menjadi kemudahan latihan kepada Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh Negara berhubung ATK ini.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 sejak tiga (3) tahun kebelakangan ini, pada tahun 2020 sebanyak 4,127 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM 1.91 juta manakala pada tahun 2021 pula sebanyak 2,471 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM 369,722.00. Pada tahun 2022 sehingga September 2022, sebanyak 1,943 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM 11,410.00.

Antara kesalahan yang dikesan adalah gagal/tidak menentusahkan alat timbang dan sukat, tidak menggunakan International System of Unit (S.I) bagi alat timbang dan sukat yang digunakan dan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak seimbang.

Turut hadir, Tuan Shamsul Nizam Khalil-Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP (Operasi), Wakil Syarikat Pembekal Alat Timbang, Pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pegawai ICU.

sumber: KPDNHEP Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

TUJUH TERSELAMAT INSIDEN BOT BERLANGGAR DI PERAIRAN SEMPORNA

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian. SEMPORNA: Tujuh individu termasuk seorang jurumudi terselamat dalam insiden perlanggaran dua bot …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELEWENG CPO BERNILAI RM130,000 GAGAL

SELEWENG: Minyak sawit mentah ditemukan di kawasan terpencil dipercayai untuk diseleweng. SANDAKAN: Cubaan sindiket menyeleweng minyak sawit mentah (CPO) bernilai …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) OPS SELERA …
Maklumat Lanjut