PROGRAM PEMBANGUNAN KENDIRI PENGURUS JENAZAH JAWI

JAWI melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Program Pembangunan Kendiri Pengurus Jenazah JAWI bertempat di Villea Morib, Banting, Selangor pada 17 dan 18 Oktober 2022. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kompetensi dan pengetahuan semasa melalui kupasan isu-isu semasa berkaitan pengurusan jenazah dan dalam masa yang sama memugar semangat dan jati diri para pengurus jenazah melalui slot-slot ceramah.

Seramai 36 orang ahli Pasukan Pengurus Jenazah JAWI telah menyertai program ini secara fizikal dan dalam talian. Para peserta terdiri daripada pasukan pengurus jenazah JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan JAWI Cawangan Labuan.

Pengisian pertama bertajuk ‘Membina Kompetensi dan Profesionalisme Pasukan Pengurus Jenazah JAWI’ yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Haji Hassan, Ketua Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Sembilan.

Slot Kedua pula bertajuk ‘Kupasan Fatwa Berkaitan Pengurusan Jenazah Di Malaysia’ yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Naqiuddin bin Wan Khalid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Buhuth, Bahagian Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Manakala slot ketiga adalah bertajuk ‘Proses Pengawetan Jenazah : Pelaksanaan Di Malaysia’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Fairuz bin Yahya, Pensyarah Perubatan, Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Semoga Program Pembangunan Kendiri Pengurus Jenazah JAWI yang dianjurkan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta sebagaimana yang disasarkan seterusnya dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan tahap kompetensi dan professionalisme pasukan pengurusan jenazah JAWI dalam melaksanakan tugasan dengan lebih cemerlang.

 

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI

Artikel/Berita Terkini

SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BAHARU CINA 2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 (𝐒𝐇𝐌𝐌𝐏) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 Menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 & …

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2026

KUALA LUMPUR, 12 Februari -Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia tahun ini adalah …

KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22

Bukit Palah – Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan RM22, kata …