??????????? ?????? ??????????? ??????? ??????? ??????????? ?????? ????? ?????? ?? ???????

SWCorp Wilayah Persekutuan telah mengadakan satu sesi lawatan tapak dan perkongsian maklumat pada 14 Oktober 2022 berkaitan pelaksanaan Program Taklimat Pengurusan Sisa Pepejal di Punca (SAS) dan Program Trash To Cash di agensi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang dijangka akan diadakan pada 19 dan 28 Oktober 2022 akan datang.

Kedua-dua program di atas diadakan berikutan pihak MATRADE telah mula mengambil inisiatif secara serius untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kelestarian agensi selepas penubuhan dua sekretariat iaitu Internal Sustainability Task Forc (ISTF) dan Sustainability External Task Force (SET) yang menyelaras aktiviti dalam dan luar MATRADE.

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai pembudayaan amalan pengurusan sisa pepejal yang baik dan bijak di peringkat organisasi dan seterusnya dapat menjana pendapatan warga kerja dan meningkatkan hasil organisasi sendiri.

Pihak SWCorp Wilayah Persekutuan sentiasa mengalu-alukan kolaborasi dan libat urus dengan agensi-agensi kerajaan yang lain agar turut sama membudayakan amalan 3R di pejabat masing-masing.

 

SUMBER: SWCORP KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …