14 MANGSA BANJIR DI JASIN DIPINDAHKAN

SUNGAI RAMBAI 13 Oktober – Hujan sejak tiga hari lalu selain faktor air pasang besar membuatkan tiga kampung di daerah Jasin dinaiki air.

Susulan itu, seramai 14 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat yang dibuka bermula malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, tiga kawasan yang terjejas iaitu Kampung Lanchang, Kampung Tasek dan Parit Penghulu Benteng.

“Bagaimanapun setakat ini hanya penduduk yang terjejas di Kampung Lanchang berada di PPS yang telah dibuka sejak pukul 8 malam tadi.

“Hujan pada awal pagi semalam ketika keadaan air pasang besar antara punca penduduk di beberapa rumah yang terjejas ini terpaksa dipindahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini dua daerah lagi iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah tidak terjejas, namun pemantauan secara berkala dilakukan oleh anggota bertugas.

Pagi ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memaklumkan, paras air di Sungai Kesang, di Telok Rimba Jasin melepas paras amaran dengan bacaan 3.43 meter.

Manakala, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar turut melepasi paras waspada dengan bacaan 1.51 meter setakat jam 8 pagi tadi.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut