HARI AKADEMIA HARGAI PENSYARAH KKBBM

BUKIT BERUANG – Hari Akademia Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) platform bagi menghargai jasa para pensyarah yang berperanan dalam mendidik pelajar menjadi modal insan berguna.

Pengarah KKBBM, Muhammad Sani Che Idris berkata pensyarah bukan sahaja mengajar kemahiran sepenuh masa, malah melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti.

“Ini termasuklah aktiviti penyelidikan dan inovasi, projek perundingan dan kemasyarakatan, pengurusan dan pentadbiran serta menjadi tenaga pengajar kursus pendek pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti.

“Hari akademia sangat bermakna bagi seluruh warga KKBBM, pihak industri dan juga komuniti, justeru kita mewujudkan hubungan bersama rakan industri menerusi majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik (CoC).

“Antara industri terlibat adalah The Pines Hotel Melaka, Ames Hotel, Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka (PUAM), Setia Bersatu Engineering dan Sing Kwung Premium Berhad,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

WhatsApp Image 2022-10-12 at 5.57.28 PM (1)
MUHAMMAD Sani (kanan) semasa Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik KKBBM bersama Pengerusi Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka, Mohd Haizahry Nordin.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Tokoh Akademia, Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji dan Pelajar Harapan serta hadiah pertandingan masak asam pedas melibatkan peserta daripada ketua jabatan dan wakil agensi daerah Melaka Tengah.

Selain itu, KKBBM turut menyantuni komuniti menerusi Kursus Asas Barista (warga pesara KKBBM) dan Kursus Masakan Hawkers Char Kuew Teow bersama pelajar Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Teluk Mas.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …