SEMINAR JENAYAH SIBER : TERANCAMKAH KITA?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Seminar Jenayah Siber : Terancamkah Kita? merupakan anjuran Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang bersama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) yang berlangsung di Dewan Utama, PDTSPT pada hari ini, 12 Oktober 2022 (Rabu), jam 9.00 pagi.

Penceramah yang dijemput merupakan wakil dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Tuan Saiyed Mohd Akhbarino Bin Saiyed Mohd Akhir serta Supritendan Mohd Nor Bin Daud dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan ancaman siber yang kian berlegar di kalangan masyarakat serta memberi pendedahan mengenai beberapa taktik penipuan dalam talian supaya komuniti sentiasa berwaspada melakukan transaksi atau memberikan maklumat kepada pihak yang tidak dikenali.

Seminar ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Tuan Kamarul Haizal Bin Koderat dan dihadiri oleh hampir 100 orang komuniti yang terdiri dari MPKK daerah Seberang Perai Tengah.

Hadirin sentiasa diingatkan supaya sentiasa ‘Teliti’, banyak ber’Tanya’ dan tidak ‘Tamak’ sekiranya menerima atau mempercayai panggilan telefon dari pihak tertentu.

Diharapkan seminar ini dapst memberi manfaat kepada semua yang hadir seterusnya dapat melindungi diri dan keluarga dari terpedaya dengan jenayah siber.

Seminar tamat sekitar jam 1.00 tengah hari.

#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …