TERENGGANU TELAH PERSIAPKAN 186 BUAH SEKOLAH BAGI TUJUAN PPS MANGSA BANJIR


KUALA TERENGGANU, 12 OKTOBER 2022


 

Sebanyak 186 buah sekolah di Terengganu yang akan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir sudah dipersiapkan dengan barangan yang diperlukan golongan itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata, penghantaran barang keperluan ke sekolah itu dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu.

Beliau juga percaya Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sudah melakukan persiapan lebih awal dalam pemilihan sekolah untuk dijadikan PPS dan menampung jumlah mangsa tanpa masalah. Kerajaan ingin memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS nanti berada dalam keadaan selesa dan bekalan makanan mencukupi. Dengan persiapan 186 buah sekolah ini, ia dapat menampung 73,490 mangsa banjir dalam satu masa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …