MAHKAMAH BAGI TEMPOH SEBULAN PENGIKUT AJARAN HIZBUT TAHRIR LANTIK PEGUAM

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah Seremban hari ini memberi tempoh sebulan kepada seorang anggota Hizbut Tahrir untuk melantik peguam kerana disyaki melanggar fatwa Negeri Sembilan.

Hakim Syarie, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin memerintahkan demikian terhadap Jamaluddin Maidin Syed, 46, bagi membolehkan pendakwaan ke atasnya diteruskan.

Prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana melanggar fatwa di Negeri Sembilan yang mengharamkan ajaran Hizbut Tahrir.

Dalam prosiding di mahkamah, Jamaluddin memaklumkan bahawa dia belum melantik mana-mana peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

Jamaluddin turut membuat bantahan berhubung bon jaminan yang diberikan ke atasnya, bagaimanapun mahkamah meminta tertuduh menyatakan ketidakpuasan itu melalui pihak peguam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie, Suhaizad Saifuddin.

Terdahulu, Jamaluddin yang memakai baju kemeja berpetak dan berkopiah tiba di pekarangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pada pukul 9.20 pagi dengan ditemani pengikut.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam sebelum kes diteruskan dengan bacaan pertuduhan.

Sebelum ini media melaporkan, Jamaluddin ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 27 Oktober tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat penguat kuasa jabatan itu kerana disyaki melanggar fatwa Negeri Sembilan yang mengharamkan ajaran Hizbut Tahrir.

Turut ditahan adalah isteri lelaki terbabit yang berusia 46 tahun serta anak perempuannya berusia 22 tahun di rumah mereka di Taman Bandar Seremban Selatan.

Mahkamah Syariah sebelum ini membenarkan jaminan RM2,500 terhadap Jamaluddin. – UTUSAN

sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut