JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) TERENGGANU MULA AGIH BEKALAN MAKANAN & KEPERLUAN ASAS

—————————————————————————————————————————————————————-

KUALA NERUS, 6 OKTOBER 2022

—————————————————————————————————————————————————————-

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mula mengagihkan barangan keperluan asas dan bekalan makanan ke pangkalan hadapan serta depoh mini di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir susulan musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata proses pengagihan kepada 149 pangkalan hadapan dan 17 depoh mini itu dilakukan secara berperingkat mulai awal bulan ini. Proses pengagihan di setiap kawasan dijangka selesai dalam masa terdekat. Terdahulu, mengikut statistik Jabatan Pengaliran dan Saliran, terdapat 300 lokasi dikenal pasti berisiko banjir tahun ini di Terengganu.

Dengan perancangan, perlaksanaan, persiapan awal, kerajaan negeri mampu tangani situasi banjir sekiranya tidak ada kejadian diluar jangkaan. Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.5 juta sebagai persediaan awal menghadapi banjir dan telah mengarahkan supaya diwujudkan hospital sementara di setiap daerah. Inisiatif itu bagi memudahkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang mengalami masalah kesihatan mendapat rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …