PAMERAN & TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PROGRAM OUTREACH UP2U 2022

Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran dan taklimat di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson pada 3 dan 4 Oktober 2022 lalu.

Pameran ini diadakan bagi memastikan supaya keselamatan para pelajar sebagai pengguna jalan raya sentiasa diberi keutamaan khusus, disamping berusaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Taklimat keselamatan jalan raya juga telah diberikan kepada lebih 100 orang para pelajar daripada pelbagai sekolah dan pelajar politeknik oleh Puan Nurul Syuhada Binti Nik Aziz, Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat (UKJRK).

Taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang keselamatan di jalan raya dan juga membudayakan pemanduan berhemah di kalangan penunggang motosikal dan pengguna jalan raya.

Selain itu pendedahan berkaitan tingkah laku pemandu juga diberikan untuk memberi kefahaman betapa pentingnya aspek ini kepada pemandu dan penunggang supaya kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (PDRM) NEGERI MELAKA

Ayer Keroh – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah mengadakan Program …
Maklumat Lanjut

PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua …
Maklumat Lanjut